Duduk,, lihat dan fikir~

Friday, October 26, 2012

kembali~

 In the name of Allah,,

Uwahh,, x sangka tergerak nak menge"post" lagi.. I thought that I am already done writing in this blog.. (^_^)

Sedih,, gembira,, suka,, duka.. Bukan manusialah kalau kita x pernah rasa.. but hey,, that is how life works.. Allah never promised you day without rain,, laughter without sorrow and Sun without rain.. But,, He did promise strength for you everyday..

Jangan x bermaya je selalu,, jangan mengeluh je selalu,, jangan mengamuk je selalu,, jangan masam je selalu.. Have some faith man!

Sometimes,, it is normal to fail,, it is normal to be sad,, it is normal to cry.. but do not let your emotions overwhelm you..

So,, Syakirah Abdul Rahman.. Jadi kuat,, jangan suka mengeluh,, jangan mudah putus asa.. (^_^)




p/s - untunglah sahabat2 yg sedang musim syitaa' nun di Jordan saya.. kami di Malaysia musim tengkujuh sekarang.. huu~

Sunday, February 12, 2012

Lelaki pelindung wanita pendorong - a talk (^_^)

In the name of Allah..

Testing..Testing.. Is anybody there? Yeah,, you!~ I see you,, reading my post.. Thanks,, arigatou-ne (^_^).. I never thought you would come..

okay then.. Yesterday I went to a talk at UNITEN.. "seminar wanita dan keluarga 2012".. Obviously,, ramai yang ada ialah wanita dan mereka yg telah berkahwin aka mak cik hebat!~

But,, you know.. It is actually good for our preparations to face our marriage life (*x kesah laa walaupun lambat lg ^_^ )

Asalkan yang namanya ilmu itu,, kejarlah ya~

kenapakenapa? (terima kasih kerana teruja ^^,)

Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: (When) the time would draw close to the Last Hour, knowledge would be snatched away, turmoil would be rampant, miserliness would be put (in the hearts of the people) and therewould be much bloodshed. They said: What is al-harj? Thereupon he said: It is bloodshed.


Therefore,, when there are still time for us to learn as much as we could,, do take the chance and learn everything that you could.. Because,, the "darjah" or "maqam" or "kedudukan" for anyone who seek for knowledge is very high..

apa lagi kelebihannya?

Akan dipermudahkan jalan baginya ke syurga bagi orang yang menuntut ilmu,, malaikat juga akan melebarkan sayapnya ke atas mereka tanda redha dengan perbuatan mereka (yakni menuntut ilmu).. Bukan itu sahaja,, seluruh hidupan yang ada di bumi akan memohon keampunan bagi mereka yang menuntut ilmu..

Imagine that!~ Just by learning and seeking knowledge for the sake of Allah,, Allah will give us many benefits from it..

Okay lovely readers,, see that title up there?

Actually it was the title for Prof Madya Dr. Harlina talk at UNITEN yesterday..
Today,, I will share with all of you about the talk.. (erk,, but in my own words.. and I am sorry for not being as good as the speaker! ==" duuh,, of course!~)

Okay then,, in a relationship.. There are 3R that we should be concerned of..


- Responsibility,, Respect,, Right.. (Tanggungjawab,, hormat,, hak)

Jadinya pemuda pemudi yang saya hormati semua,, dalam apa jenis perhubungan sekalipun,, baik sesama kawan2 atau suami isteri atau keluarga atau kerajaan,, kita perlulah pertama sekali,, menyedari tanggungjawab masing2.. Sedar,, peka dan laksanakan tanggungjawab kita.. Kedua ialah menghormati.. Terakhir sekali barulah kita bercakap tentang hak.. Seandainya kita inginkan hak kita dijaga kita haruslah bermula dengan bertanggungjawab dan menghormati hak orang lain terhadap kita..

Sama juga dengan hubungan kita dengan Allah,, sebelum kita menyalahkan Allah sekiranya tidak memperkenankan doa kita atau make our lives a living hell.. Buka hati kita,, tanya iman kita.. or at least use your akal to refresh your life.. Kita sedar atau tidak tanggungjawab kita kepada Allah apa? tanggungjawab kita kepada ibu bapa kita? tanggungjawab kita kepada suami atau isteri kita? tanggungjawab kita kepada masyarakat?

Atau selama ni kita ambil tak endah je tanggungjawab kita kepada Allah? Then,, bila tiba masa,, tiba-tiba,, kita sedar yang Allah seakan-akan melupakan kita.. Lupa untuk memperkenankan doa kita,, lupa untuk memberikan nikmat kepada kita..

Okay,, rewind kehidupan kita sebelum itu.. mungkin kita yang sudah melupakan Allah terlebih dahulu?
Jadi,, Allah memberikan kita ujian.. Kerana apa?

Kerana (Subhanallah!),, Allah yang kita sangkakan melupakan kita,, sebenarnya masih mengingati kita..

Dia memberikan kita kegagalan agar kita tidak terus sombong dan melupakanNya.. Selepas setiap kegagalan yang Allah berikan.. Seandainya kita kembali semula kepadaNya,, Allah akan memberikan sesuatu yang lebih BESAR..


Nak dengar cerita tak?


Kisah ini diceritakan oleh Ummie Ros.. Pengarah Urusan Raudhatus Sakinah,, sekiranya ada yang pernah mendengar nama tu.. Raudhatus Sakinah merupakan sebuah pusat pemulihan untuk anak-anak gadis yang diuji dengan ujian yang besar..

Kisahnya begini..(minta maaf sekiranya lain sedikit dari yang sebenar,, Because I did not remember the details..).
Ada seorang perempuan ni.. Dilahirkan di dalam keluarga yang Alhamdulillah baik.. Ibu dia sangat menyayangi dia sepenuh hati.. Sentiasa meberikan dia masa untuk belajar.. Tidak pernah memaksa dia untuk melakukan kerja-kerja rumah dan instead bagi dia habiskan masa dia untuk belajar.. Perempuan ini merupakan seorang yang "top scorer" di universitinya..(pelajar perubatan)

Pada awal kemasukannya ke universiti,, perepmpuan ini pelik dengan trend di sana.. Semua kawan-kawannya mempunyai pasangan masing-masing aka couple.. Jadi dia juga merasakan itu sebagai satu keperluan dan bukan kesalahan.. Jadi dia pergi mencari pasangannya sendiri..

Dia berjumpa dengan pasangannya dan mereka terus bercinta.. Pada awalnya dia masih bertegas dan tidak membenarkan lelaki tersebut memegang tangannya.. Namun,, setelah beberapa lama dia beralah juga.. Selapas itu,, hubungan mereka menjadi lebih serious.. bukan sekadar berpengan tangan tetapi sudah berlebih-lebihan..

Pada suatu hari,, teman lelakinya meminta dia untuk mengorbankan maruahnya demi kepentingan nafsu.. Namun dia masih bertegas tidak ingin melakukannya.. Lelaki tersebut dengan bangga diri meninggalkan perempuan tersebut dengan alasan " engkau sudah tak mencintai aku"... Namun persoalannya,, adakah engkau wahai lelaki,, mencintai aku? (lelaki yang mencintai seseorang wanita kerana Allah seharusnya menghormati wanita tersebut!~)

Perempuan itu tadi menyimpan dendam terhadap lelaki.. Dia kecewa kerana ditinggalkan dan beranggapan bahawa "sekiranya mana-mana lelaki yang inginkan sangat memuaskan nafsu mereka,, bagitau aku.. aku akan berikan.."

Saat itu bermula kehidupannya yang diselubungi noda.. Dia melakukan kerja sampingan pada malam hujung minggu.. Dan pada hari-hari lain dia masih pergi ke kelas seperti biasa dan mengekalkan kecemerlangannya mendapat 4 flat dan dean's list.. Kerja yang lumayan itu menjanjikan untung sehingga mencecah RM 30 000 - RM 40 000 sebulan.. Ibunya mula curiga dengan kehidupan perempuan tersebut yang serba mewah..

Pada suatu hari,, betapa Allah menyayangi dirinya.. Ayahnya terbaca email yang dihantarkan oleh pelanggan perempuan tersebut.. maka terbocorlah rahsia dan berdarahlah perasaan ibu bapa..

Mereka sekeluarga menghantar perempuan tersebut ke Raudhatus Sakinah.. Ummie Ros menceritakan semua ahli keluarganya menangis pada waktu itu.. Semua kecuali perempuan tersebut.. Kemudian perempuan tersebut berkata sesuatu kepada Ummie Ros.. " Tolong,, tolong bantu saya untuk menangis.."

(Subhanallah,, menangis itu merupakan satu nikmat Allah!~)

Setelah beberapa tahun di Raudhatus Sakinah,, perempuan tersebut pergi melanjutkan pelajar di luar negara dalam bidang yang lain.. Dan dia berjaya..

Alhamdulillah juga,, atas rahmat dan kasih sayang Allah.. Dia telah bernikah dengan seorang lelaki yang menyayanginya dan menghormatinya.. (How her mother cried when she got married! ^_^)..

That is her story and how about us?

Wanita yang saya kasihi kerana Allah,, carilah seorang lelaki yang menjaga hak Allah untuk mejadi pendamping hidup kita.. Seandainya yang dicari adalah mereka yang mengabaikan hak Allah,, bagaimana kita dapat menjamin yang dia akan menjaga hak kita?

Kerana apa?

Kerana hak Tuhannya yang menciptakan dirinya dan memeberikan dia tubuh badan dan akal yang sempurna dilupakan.. Adakah dia akan bertanggungjawab terhadap hak-hak kita?

Dan pemuda yang saya hormati,, ada hikmahnya kenapa Allah menciptakan kami dari tulang rusuk yang bengkok..kebengkokan itu bukanlah keaiban kami.. tetapi,, kerana tulang rusuk yang bengkok itulah yang membentuk rib cage kita.. Kerana tulang rusuk bengkok itulah,, kita dapat melindungi anggota yang paling penting di dalam badan kita.. Iaitu hati,, jantung dan paru-paru.. 

Daripada Bukhari dan Muslim

"Women is like a rib,, if you attempt to straighten it,, you will break it,, and if you benefit from her you will do so while crookedness remains in her"

-Tidak semestinya yang lurus itu betul dan tidak semestinya yang bengkok itu salah.. Kerana Allah menciptakan semua benda dengan sebaik-baiknya mengikut fungsi mereka..


Wahai wanita,, sesungguhnya Islam telah memuliakanmu dan janganlah engkau meletakkan dirimu sehina-hinanya.. Seandainya itu berlaku,, salahkanlah dirimu sendiri..

Khalifah Umar al-khattab,, pernah mengatakan bahawa sebelum kedatangan Islam mereka tidak pernah mempedulikan wanita.. Namun selepas disebut di dalam al-Quran berkali-kali dan selepas diulang oleh Rasulullah.. Mereka semakin menghargai wanita..


Peliharalah maruahmu wahai wanita pendorong.. Jagalah kehormatanmu,, jadikanlah perasaan malu itu sebahagian darimu,, tegaslah dengan pendirianmu..

"Besides every successful man there is a successful woman".. - Dr. Har


Thanks for reading and if there are any comments (^_^) do leave it down here..


May Allah bless~










Friday, February 10, 2012

you know?

In the name of Allah,,

How was your day? nice!~ Yeah,, good to hear.. Learning how to drive,, reading books,, cooking and everything.. Seriously,, it is nice!~.. But you know readers,, I am having a huge problem.. A major problem.. I do not know why but ever since I went to a boarding school,, I have a very bad habit.. I do not know whether it is a habit or it is just a ... i don't know?

Okay,, let me tell you the truth.. I have problem sitting still for a long time,, I cannot bear the stiffness!~
Jadi,, bila saya berada dalam keadaan yg pegun utk suatu masa yg pjg (eg : talk,, slot,, ceramah,, lecture) saya akan mula hilang fokus.. Tidur? x,x saya jarang tidur dalam lecture tp saya akan melihat jauh daripada orang lain.. maksudnya? Saya akan melihat menembusi dinding,, yeah I can see through it.. Believe me~ (^^")

Kadang-kadang selepas mendengar ceramah,, saya x dapat nk memahami nota2 yg saya tulis.. ( What!? Is it true that you wrote it by yourself? You did not hire anyone did you? *suspiciously*) Yeah,, it is a serious matter indeed.. And,, I am not happy with it.. humphh!~

So Allah,, please let me keep my focus from the start until the end of any talks or lectures after this.. *hopeful..* (^_^) ameen~

You know,, today I want to share something with you..  (Whaat!~ you knew about it already? seriously,, you are not stalking me don't you? .. Man,, now,, it is not a surprise anymore!..)

But,, I will still share it.. you should share when people seemed to become unaware!~

Ini semua saya dapat daripada Madrasatul Hayah IKRAM,, ( you know,, I really recommend this camp to all of you!! anyone who is interested,, do tell me.. seriously!~)

Okay now get you al-quran and look for surah Al-A'raf ayat 172..  Dalam ayat tersebut apabila diciptakan manusia,, roh kita telah bersaksi apabila Allah bertanya kepada mereka.." Bukankah aku ini Tuhanmu?" dan roh itu menjawab,, " Betul,, kami bersaksi.."

Dr Adnan ada bertanyakan satu soalan kepada kami semua,, apabila seseorang datang berjumpa kami dan bertanyakan bahawa,, " I could not remember the meeting with Allah?" so,, how could you say it is true?..

Jadi pembaca yang budiman,, adakah anda semua ingat apa yang berlaku sewaktu anda berumur 1 tahun? Adakah anda ingat apa yang anda cakapkan sewaktu itu? *Jawapannya adalah tidak,, kan?

Tetapi adakah anda pernah berumur 1 tahun? Jawapannya adalah ya,, kan? (lainlah kalau curious case of benjamin button ke..)

Even if you do not remember it,, the time had passed.. Allah yang Maha Mengetahui tahu segala-galanya.. and we cannot fool Him..

Therefore,, semua.. Pada saat kita dilahirkan,, pada saat bibir kita mampu untuk melafazkan kalimah syahadah,, kita sudah bersaksi bahawa "Solatku,, ibadahku,, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah.."
Then,, if you are a muslim,, please act like one.. Be proud of who you are.. Live your life a muslim way..

How to do it? Hmm,, let me see.. Okay,,

1) Faith.. Iman and aqidah
2) Solat
3) Al-quran dan hadith
4) Keep Allah in your heart.. (^_^)

Jom sama-sama kita mencuba.. Jadi manusia kena berani.. berani untuk melaukukan perubahan..

Hati kita,, Allah beri dalam keadaan yang bersih dan suci.. Andaikata,, kita masih terus berperangai seperti sekarang dan tidak ingin berubah.. Astaghfirullah,, sanggupkah kita kembalikan hati kita kepada Allah dalam keadaan yang kotor dan hitam?

Dearest,,
Dari awal hari kita bermula Allah sentiasa menunggu kita.. Allah memberikan kita masa untuk berehat,, kemudian Allah hidupkan kita kembali..
Allah menunggu kita untuk mengucapkan kepadanya,, "Alhamdulillah".. Namun tidak juga kita ucapkan..

Dia memanggil kita di dalam seruan azanNya.. "Datanglah kepadaKu hambaKu".. Namun kita menutup telinga menafikannya.. Tak mengapa,, Allah masih menunggu..

Dia memberikan kita makanan dan minuman agar dapat kita melaksanakan tugas kita..udara untuk bernafas,, Dia menunggu kita mengucapkan,, "terima kasih Allah,,".. Namun kita masih lupa.. Tak mengapa,, Allah masih menunggu..

Dia masih lagi memberikan kita nikmat mata untuk melihat dan membaca surat cinta dariNya.. Allah setia menunggu.. Namun,, hambanya yang hina ini melupakanNya..

Dia terus menunggu kita,, meskipun kita sentiasa melupakanNya.. Allah tidak pernah jemu menunggu kita,, tetapi kita sering jemu untuk berjumpa denganNya.. Allah terus menyayangi kita meskipun kita tidak pernah membalas kasih sayangNya... Allah masih memberikan kita kehidupan meskipun kita hidup bukan untukNya..

Sanggupkah engkau wahai hamba yang hina,, untuk membiarkan Tuhanmu terus menunggu?
Sanggupkah engkau wahai hamba yang hina untuk menggunakan nikmat Tuhanmu?
Selama ini engkau hanya meminta,, namun engkau tidak pernah memberi..
Tidak inginkah engkau wahai manusia bertemu dengan Tuhanmu.. Yang menyayangimu meskipun engkau melupaiNya..

Sedarlah wahai hamba,, sambutlah seruan Tuhanmu.. aku yakin,, Dia masih menungguMu.. Jangan sia-siakan kehidupanmu.. (^_^)..

Kembalilah kepadaNya,, aku yakin Dia sedang melihatMu..

I love my Allah!~ and it feels nice..




Sunday, January 29, 2012

reality hurts!~

In the name of Allah,,

Good day mate!~ It has been a while! (whoa,, how much effort I put in order to complete this post.. I am not very diligent to write a post you know!) Therefore,, I am begging all of you,, "please appreciate me"..hehe~ kidding!~

InsyaAllah,, hari ini cuma nak share sahaja apa yang ada,, yang x seberapa sangat ni.. jadi,, kalau rasa macam dah tau je,, please just endure me! "sesungguhnya peringatan (zikr) itu memberi manfaat kepada orang yg beriman".. Jadinya,, bila kita dah banyak kali diberi peringatan benda yang sama,, sepatutnya kita akan jadi lebih memahamilah kan? hehe~

Okay,, nice!

Saya kongsikan satu petikan daripada kem yang saya pergi hari tu,, Madrasatul Hayah IKRAM..

There was a talk about ghazwul fikri (penjajahan fikiran),, really opened up my mind..
So readers.. I am very free, without job or anything to do.. I will have to wait until this march to get my SPM result.. and I will have to wait for more months to enroll myself into a university (a nice one!).. The question is,, what had I done so far.. Can I brag to others about how I have spend my waqtul faraagh (free time) wisely? or can I not,, because I had only spent my time by doing worthless thing that was neither beneficial nor profitable?

okay yang ini yang saya nak kongsikan..

"Tujuan kita bukan untuk mengkristiankan umat Islam,, ini tidak sanggup kita laksanakan. Tetapi target kita adalah menjauhkan kaum muslimin dari Islam. Ini yang harus kita capai, walaupun mereka tidak bergabung dengan kita."

-Samuel Zuwamer, missonaris Amerika.

Okay,, itu satu persoalan untuk kita semua.. Sangat mudah untuk kita cakap..
"Esok aku nak bangun pagi2 jogging" atau
"Esok nak bangun qiamullail" atau
"Esok nak belajar sikit,, sebelum masuk universiti,, tambah ilmu dulu" atau
"oh,, sikit lagi nak kena solat dhuha ni" atau
"nak pergi dengar ceramah dekat sana laa"

Actually,, just saying that we want to this and that and so on and so forth is really easy,, but do we really did all of those or is it just the trick of our tongue. (SlapSlapOnMyOwnFace)

Encik Samuel Zuwamer itu ada berkata yang mereka x mampu untuk mengkristiankan umat Islam,, jadi matlamat mereka kini adalah untuk menjauhkan kita dari Islam.. So guys,, seriously.. Do you feel the distant between you and Islam? Do you feel the distant between you and Allah as well as Rasulullah? do you? do you? (hehe~)

That is the point! We are actually getting further away from Allah and Rasulullah but the major problem is that we did not realize it..

Here are some questions..

Kita solat dhuha hari2 x?
Kita mampu x bangun qiamullail hari2?
Kita dengar x Allah panggil kita 5 kali sehari untuk,, tolonglah solat awal?
Kita luangkan masa x untuk baca at least 5 pages al-Quran?
Kita solat witir hari2 x?
Sebelum tidur kita ingat Allah x?
Bangun tidur kita ingat Allah x?
Bila ber"facebook" atau "twitter" tujuan kita untuk Allah x?
Kita solat sunat rawatib x?
Kita puasa isnin khamis x?
Kita tau x sejarah nabi-nabi?
Kita tau x kisah sahabat2?
Kita baca tak tafsir al-quran? atau kita lebih eager nak baca tafsir lirik2 lagu foreign?

(DoubleSlapOnMyOwnFace!)

Dear readers,, if there are more "no" than "yes"..  Betapa jauhnya dah kita daripada Islam dan daripada Allah..
Kenapa kita nak buat sesuatu dengan x bersungguh-sungguh sedangkan kita akan dapat pahala berganda-ganda dengan kita buat bersungguh-sungguh..

Yes, dhuha witir puasa sunat semua tu memang tidak diwajibkan.. tetapi itu adalah sunnah Rasulullah.. apa yang sering sahabat-sahabat zaman dahulu amalkan kerana cinta mereka kepada Rasulullah.. Then,, berani kita keluarkan daripada mulut kita yang "aku sayangkan Allah dan rasulullah" sedangkan kita tidak mengamalkan apa yang dia amalkan?

Adakah malam-malam kita diisi dengan tangisan air mata kerana takutkan Allah? Adakah apabila dibacakan ayat al-quran kepada kita,, apabila disebut nama Allah kepada kita,, bergetar jiwa kita kerana takutkan Allah?

Sedangkan Rasulullah sujud kepada Allah sehingga bengkak kakinya.. kerana apa?.."Salahkah aku ingin menjadi hamba yang bersyukur kepada Tuhanku?".. 

Sejarah untuk dikongsi,,

Huzaifah bin Yaman bin jabir al-Abasi merupakan seseorang yang menyimpan rahsia Rasulullah.. Iaitu dia menyimpan senarai nama orang-orang munafik pada zaman tersebut.. Pada suatu hari,, Umar al Khattab datang menemui Huzaifah.. Dia bertanya kepada Huzaifah,, "Adakah namaku berada di dalam senarai tersebut?"..Ya,, dialah umar yang telah dijanjikan syurga. (^_^).

Jadi,, apakah perasaan kita sekarang? Rasa x betapa jauhnya diri kita dengan Allah sekarang? Jadi,, sekarang kita dh sedar kan? (Hopefully)

So,, hold on to that feeling! keep that feeling in your heart.. And start to change.. We realize that our enemies are trying very hard to destroy us..

Mereka tidak menggunakan serangan hadapan tetapi serangan dalaman.. (Whoa!).. Jadi,, sekarang kita kena bertindak!
Spend less time watching tv and reading books that give us nothing and spend our money on worthless things and play games and k-pop"ing" and others..

Mula untuk kembali mendekatkan diri dengan Islam dan make it our way of life! (truly~)

Islam tetap akan menang meskipun kita x berada untuk bersama-sama memperjuangkannya.. Sebab itu janji Allah.. Jadi,, nak ke kita jadi golongan yang rugi,, dengan tidak berjuang untuk Islam sedangkan kita sudah pasti akan kemenangannya.. sebab itu janji Allah!

wah,, penatnya! harapnya kita sama2 mendapat manfaat!~
Lebih kepada untuk diri sendiri sebenarnya! SlapSlapSlap~



Thursday, January 26, 2012

Madrasatul Hayah.. sekolah kehidupanku~

In the name of Allah,

wah!wah!wah!.. Dah hampir sebulan tangan ini tidak menari-nari di atas keyboard.. So refreshing!~
Now lovely readers,, (drum rolling)
I would loovee to share to all of you the precious knowledge that I had gained! Seriously,, it is a loott.. more than a loot.. beyond a loot.. I could not describe it!~

But,, for now.. I could only share with all of you the overview of my "sekolah kehidupan" aka madrasatul hayah IKRAM!

Believe me,, you will soo regret it for not joining me..

Pertama sekali,, program kami selama 4 minggu (or an extra week for those who went for jaulah to Thailand!)


First week (awareness)

26/12 - Saya merupakan antara peserta yang paling lambat mendaftar.. masa mendaftar dari jam 2.00 sehingga  7.00.. dan saya datang exactly pukul 7.00 ptg! (round applause!) Malam tu kitorang mula dgn aktiviti biasa,, ice breaking.. gotta break the ice in your heart yo!~

27/12 - Sebiru hari ini!~ waahh,, hari ini dimulakan dengan talk daripada Encik Adnan,, counselor di Taylor's university.. kami belajar tentang mindsetting! seterusnya ada slot public speaking.. belajar cara2 nk jadi public speaker yang hebat!

28/12 - Hari ini kita belajar memasak! Starting from today,, kami akan memasak untuk breakfast,, luch dan dinner sendiri.. (bergilir-gilir group ikhwah dan akhawat).. Budget untuk setiap hari adalah RM 100.. and we have to cook for almost hundred people!~ macam masak untuk kenduri kahwin tau..

29/12 - Wah,, slot menarik! dare to change..

30/12 - pagi2 dapat motivasi! Petang2 main lumpur,, terjun sungai,, whoa! malam tu ada tafsir surah as-syams..(menarik sangat!) - fakta hari itu,, setiap 15 minit di Malaysia berlaku satu penceraian..

31/12 - Outing time~.. Masjid Negara,, nice!~ Himpunan 1000 jiwa 1 Hati.. Jumpa senior KISAS waktu ambil wudhu'.. Dapat berita senior KISAS last year kahwin dengan senior ktrg jgk.. Mabruk! Malam tu,, jumpa Ustaz Zahazan!!! Then,, performance oleh shoutul harakah,, electrifying! huh,, what a day! Semoga semangat jihad itu terus berkobar-kobar ya semua.. (apabila ramai remaja sibuk di dataran merdeka,, menunggu new year.. Kita juga sedang sibuk di masjid negara,, menunggu tahun baru.. semoga next year kita dapat kuasai dataran merdeka.. hahaha~ *evil laugh)

Second week (Areas for change)

2/1 - Belajar tukar tayar kereta.. belajar tentang aqidah dengan ustaz Alias..ghazwul fikri daripada Bro Ammar.. (banyak sangat dapat.. walaupun kadang2 ter"doze off".. saya manusia biasa! hehe)

4/1 - Outing lagi.. Gua Tempurung! saya suka outing.. hee~

Then,, minggu kami diteruskan dengan slot menarik seterusnya iaitu IKHTILAT..perancangan wang oleh pak cik HAMDY..sex education oleh Dr Azlina(utk akhawat shj).. Bicara Palestine oleh Puan Siti Ramlah.. Managing Diversity dan critical thinking oleh Dr Har.Tafsir surah Luqman oleh En. Adnan.. war games!.. Perang Badar oleh Bro Ammar..time management oleh ustaz Fikri!.. slot dengan ABJZ dan KBM!.. Tafsir surah al-mu'minun. Ini Sejarah Kita oleh Dr. Hafidzi.. outing lagi untuk slot jelajah selamatkan aqidah.. outing untuk ber"bowling"!.. slot dakwah dengan Ustaz Shamsul Ma'arif..

Slot bersama PERINTIS.. (err,, malangnya x join kerana pening kepala yang menyerang akibat tidak memakai spek mata.. ceh,, spek mata tertinggal di rumah,, bekas spek mata je ada.. hampeh!)

eh,, ada satu lagi outing ke "The Woods".. river crossing! nicee~

InsyaAllah sampai sini sahaja overviewnya.. Informasi2 lain akan dikongsikan lain kali ye~
Penuhi hari anda dengan manfaat~ (^_^)

Btw,, Third week was "Maintaining the change" and the fourth week was "Moving forward"

P/s - x larat den na tulis semua.. gomen-ne~






Saturday, December 24, 2011

ketuk..ketuk.. ada orang x?

In the name of Allah,,

JaLaN - JaLaN sekejap ronda sekitar MPH..

"americanoo,,, juwa..juwa..juwa.. eh?"...Tiba-tiba mata terpandang sebuah buku hard cover berilustrasi menarik sekali.. " My first storybook from the Quran".. ke tajuk dia eh? lebih kurang laa~
"surveysurvey,, wah,, RM 70.. Baca dekat sini jelah.." Terus mencari port yang sesuai untuk membaca..
strollingstrolling,, wah caption menarik.." Allah has created the sky,, sun and everything because He loves us.. He wants us to be happy!

Hmm,, buku yang sungguh menarik.. Macam2 kisah dalam al-Quran ada.. Jadi,, pembaca2 budiman yg berminat utk tahu kisah apa yg ada dalam quran bolehlah membelinya ya..(PS - selain daripada membaca sendiri al-quran..^_^)

Akhirnya,, sebuah buku dibeli.. "Beduk diketuk.. Pahrol Mohd Juoi".. Melangkah ke kaunter dengan bangganya dan membayar buku tersebut dengan harga RM 26.00 tunai~

Therefore to my dearest readers,, let us hear one good story with a decent ending~

Ohh,, wait! Before that.." Hyaargh..ishh,,yaahh,,waahh!".. Hear that sound?
That is the sound of ME opening up your MIND and HEART so that they are WIIDEE OPEN.. I hope you can enjoy it and sure to take a lot of ibrah from it!~

SO let us start our movie.. Video rolling~

Suatu hari,, Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukan agar dia dapat bertahan selama setahun.. Semut menjawab,, "aku hanya memerlukan makanan sebesar biji gandum sahaja"..

Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut di dalam suatu botol dan diletakkan di dalamnya gula sebesar sebutir gandum.. Botol itu ditutup..

Cukup tempoh setahun,, botol itu dibuka oleh Nabi Sulaiman . Anehnya,, baginda mendapati hanya separuh sahaja daripada gula tersebut yang habis dimakan oleh semut tersebut..

"Mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan,, sedangkan kau pernah berkata yang kau memerlukan makanan sebesar sebiji gandum untuk hidup selama setahun?"

"Jika di luar rezekiku dijamin sepenuhnya oleh Tuhanku Allah..Dan aku yakin Allah  pasti akan mencukupkan rezekiku.. Jadi aku tidak perlu risau dengan hakikat itu.. Namun,, di dalam botol yang tertutup dan di bawah jagaan manusia aku perlu lebih berjimat-cermat kerana aku tidak yakin akan keprihatinan manusia.. Mana tau nanti mereka akan lupa untuk memberikanku makanan.. "

Moral atau ibrah daripada kisah ini ialah :

Belajarlah daripada sikap semut yang berTawakkal kepada Allah lebih daripada segala-galanya~
Janganlah kita lebih termakan dengan penanaman tebu dibibir-bibir manusia berbanding dengan janji Allah kepada kita..

Setelah kamu betul2 bersungguh-sungguh maka bertawakkallah kepada Allah.. Sesungguhnya rezeki itu milik Allah semata-mata,, kita hanya meminjamnya sahaja..

Jadi,, pembaca yang dikasihi..
Tinggalkan perkataan-perkataan yang :

a) Meragui rahmat Allah.. "Boleh ke aku dapat kerja ni?.."Boleh ke aku dapat 11 A+ ni?"
b) Berputus asa daripada rahmat Allah.. "Aku dh penat berusaha,, xde hasil jugak..hish~"
c) Menipu diri sendiri.. "Aku berjaya adalah atas usaha aku sendiri.. Semua ni berkat susah payah aku berjaga malam.." 

Sebaliknya semua,, jadilah seperti ini :

a) Yakin dengan rezeki Allah.. " Kalau Allah izinkan,, semuanya boleh dicapai.."
b) Redha dgn takdir Allah.. "InsyaAllah,, Allah masih nak dengar aku memohon daripaNya nih.. kena usaha LEBIH!..hehe"
c) Berterus-terang dengan diri sendiri.. "Alhamdulillah,, semua ni berkat usaha dn juga pertolongan daripada Allah nih.."

beep..beep..beep.. bertukar!~

Jadi,, jom sama2 kita buat transformasi ya!~

Anda semua dh bertukar?.. Tahniah diucapkan kepada anda... Semoga terus istiqamah dan.. eh,,

Kenapa masih ada yg belum bertukar? hmm,,,

Semoga Allah sentiasa merahmati anda ya! amiin.. (^_^)

Tuesday, December 20, 2011

pernah rasa ke?

In the name of Allah,,

"Kenapa org boleh sanggup nk kutuk2 kawan dia belakang2 eh?.. depan bukan main baik lagi,, tp bila kawan dia xde bukan main?"...."Sya tau x?"...." x tau.."...." kalau x tau xpelah.."...." ala,, janganla mcm ni,, saje je nk bergurau td.. cubalah kamu cite sikit,, baru orang tau.."

" Pernah rasa x macam diri kita selalu diperhatikan?,, rasa macam orang lain semua tengah pandang kita? rasa macam orang lain semua dok mengutuk kita? mengata belakang kita?"

"hmm,, kalau rasa macam tu kenapa?"

"Kalau nk tahu,, sebenarnya kita akan rasa mcm tu sbb kita pernah buat benda yang sama dekat orang lain.."

"meaning?"

"Maksudnya.. kita rasa mcm tu sebab kita jgk pernah mengutuk org.. kita pernah mengumpat org belakang2.. Jadi kita tahu wujudnya manusia2 yg hati busuk macam ni,, sebab hati kita sama je.. kita macam diorang jgk.."

Sentap2.. Terasa sampai menusuk dn tembus ibarat gamma ray.. meninggalkan kesan dan memeritkan.. realiti yg benar tepi memedihkan..

Jadinya,, pembaca yang budiman.. Alangkah mudah kerja kita semua sekiranya kita masing2 jaga mulut kita,, jaga hati kita.. Di mana hak kita untuk menuduh orang lain mengumpat sedangkan kita sendiri dalam masa yg sama melakukannya.. Tanda kesempurnaan akal seseorang itu adalah pada kurangnya dia berkata-kata,, tetapi bila sekali bersuara,, ibarat mutiara yg amat berharga..

P/S - kadangkala apabila bergurau juga boleh membawa kepada umpatan.. apabila kita menyebut sesuatu yg x disukai oleh seseorang sekiranya dia mendengarnya~


Sabda Rasulullah bermaksud: "Wahai orang

beriman dengan lidahnya tetapi

belum beriman dengan hatinya! Janganlah

kamu mengumpat kaum Muslim, dan

janganlah kamu mengintip-intip keaibannya.

Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip

keaiban saudaranya, maka Allah akan

mengintip keaibannya, dan dia akan

mendedahkannya, meskipun dia berada

dalam rumahnya sendiri." (Hadis riwayat

Abu Daud).



Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan
menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan
dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat."
(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).