Duduk,, lihat dan fikir~

Thursday, December 30, 2010

Xpert 2010~










In the name of Allah,,

Alhamdulillah setelah beberapa hari berperang dengan kesakitan perut akibat pemakanan yang tidak bersesuaian dengan kondisi perut,, akhirnya tangan ini mampu untuk menulis dan mata ini mampu untuk menyaksikan.. Disertakan coretan suka dan duka Xpert 2010 di Melaka selama 4 hari bermula dari 23 dec sehingga 26 dec.. Xpert merupakan rangkaian program PRODUCE yang telah dirangka oleh Kelab Remaja JIM bagi melahirkan para remaja du'at yg mampu menjadi pemimpin pada masa hadapan.. Kami merupakan PRODUCE gen 5!~ Xpert merupakan singkatan bagi Ekspedisi Pemimpin Remaja Tahan Lasak.. Cerita suka dan duka,, riang dan ria kami bermula pada :

23 December 2010

"Boleh angkat x beg tu?".. Tanyaku kepada seorang sahabat seperjuangan.."boleh2.. xpe.."...Tiba2 pengiring kami menyuarakan isi hatinya,, "Cepat sikit kita dah lambat ni.."... Sahabat saya yang membawa beg sebesar TV plasma 40 inci terpaksa bersusah payah untuk mengangkat beg sambil meng"accelerate" bagi memastikan kami tidak ketinggalan bas Transnasional.. Tiba-tiba pengiring kami pusing ke belakang dan mengangkat beg 40 inci yang mengandungi keperluan kami sebagai seorang wanita yg mementingkan kebersihan iaitu iron!~.."Allah,, bwk beg besar2 kan dah susah..ngee~"..Saya memberitahu.. kami masing-masing tidak mampu untuk menahan kelucuan.. (Mu'izzah sorry eh,, sekadar merapatkan ukhwah sesama kita!)

Namun,, bas tiba lewat 30 minit dari sepatutnya.. Kami tiba di Melaka setelah 2 jam perjalanan.. Kami disambut dengan aktiviti ta'aruf dan terus dengan Jalan-Jalan Cari Rezeki dan Survey Cinta!~

Sungguh banyak mehnah dan tribulasi yang menimpa.. Kami diminta untuk menjual beberapa barangan dan hasil jualan dimasukkan ke dalam tabung Palestine.. Kami diberitahu bahawa anggaplah produk yang kami jual itu sebagai Islam dan bagaimana peranan kami untuk memperomosi Islam.. Kami juga diminta untuk menjual dan dalam masa yang sama berdakwah mengikut cara kami.. Kami diterangkan mengenai luasnya aspek dakwah dan tidak hanya terikat pada satu aspek sahaja.. Ini kerana seluruh hidup kita adalah berkaitan dengan Islam.. Kami juga menjalani praktikal perniagaan yg menurut Islam merangkumi 9/10 daripada sumber rezeki..

Malam itu,, setiap team perlu menghantar wakil untuk meceritakan mehnah,, ibrah dan pengalaman bagi aktiviti itu..




24 December 2010

Esoknya,, kami dikejutkan seawal 4.00 a.m untuk qiamullail dan aktiviti diteruskan dengan Berat Sama Dipikul bersama keluarga angkat!~... Kami diamanahkan untuk memasak dan solat berjemaah bersama ahli keluarga... Malangnya bagi kami,, kumpulan kami merangkumi 4 lelaki dan hanya 2 perempuan.. Dan tambah memalukan apabila tugas2 memasak dan mengemas hampir semuanya dijalankan oleh ikhwah kami yang HEBAT!~..(haha,, HAMPIR semuanya BUKAN semuanya.. ^_^)..Apakah daya,, kami hanya 2 orang perempuan yang terhad kudratnya...

Pelbagai pengalaman dapat diperoleh,, lebih2 lagi sewaktu perkongsian bersama team2 lain.. Apabila mereka menceritakan pengalaman mereka dengan keluarga angkat mereka,, amat banyak pengajaran yang dapat diperoleh.

Kami juga diberikan pengajaran yang amat bermakna pada malam itu,, kami diberikan penekanan bahawa adakah tugas kami sekadar pergi ke rumah keluarga angkat kami dan kemudiannya meninggalkan mereka terkontang-kanting tanpa "follow-up" ? Sebagai seorang da'ie kita perlu bertanggungjawab terhadap mad'u kita dari awal perkenalan sehingga akhirnya.. mereka adalah amanah kita dan jangan biarkan mereka terbiar. Itulah salah satu tanggungjawab kita sebagai seorang da'ie..!~

25 December 2010

Hari ini diteruskan dengan Xplorace sekitar Bandar Melaka!~.. Kami dibiarkan terbiar di Melaka Sentral untuk mencari jalan pulang sendiri... Xplorace yang begitu luar biasa kerana bermula dari pagi hari sehingga ke malam!~.. Kami melawat lebih 5 muzium,, 1 carrefour,, 1 masjid dan 1 sungai... Jejak kami bermula dengan peng"sardin"nan bas ting tong oleh peserta2 Xpert.. Sungguh padat sekali bas itu! (fuuhh,,)...Pencarian kami bermula dengan mencari Muzium Stadhyus!~

" Mana muzium ni?"...."Korang tunggu kejap,, ktorang tanya information centre.."... Sementara menunggu ikhwah kami bertanyakan kedudukan kami,, kami bergembira menangkap gambar! (orang bersusah payah,, kita bergembira.. itulah kerjasama!..haha~)

Ikhwah kami pulang dengan membawa peta! (wah,, sungguh membanggakan..!)
Sedang ikhwah terkeliru dengan peta tersebut,, tiba2.. "Bagi ana tgk peta tu".. Seorang akhawat menyuarakan pendapat.. Dalam hatiku terdetik,, " ah,, sudah.. mana pandai nk baca peta!"...Dengan penuh confident akhawat tersebut membelek2 peta itu tadi... tiba2,, "kita dekat mana sekarang ni?"..tanpa mampu ditahan,, ketawa terlepas juga.. Saya mengaku memang tidak reti membaca peta!~ (^_^)..

Seterusnya di,, Carrefour kami diberikan satu mehnah yang amat berat!.. iaitu kesabaran yang teruji... Tidak perlu diceritakan lebih lanjut,, cukuplah sekdar memberitahu,, berlakunya "incident shopping semasa Xplorace!"..(ayoo,, ikhwah juga gemar shopping rupanya..ngee~)

26 December 2010

Malam sebelumnya kami bertungkus-lumus menyiapkan video untuk di"present".. InsyaAllah sekadar itu sahaja perkogsian saya.. Tidak mampu lagi rasanya untuk menulis dengan lebih panjang dan detail.. Sudah lenguh jari-jemari ini... Walau bagaimanapun,, pengalaman yang sungguh indah dan jumpa di Xcell,, InsyaAllah.. (^_^)




No comments:

Post a Comment