In the name of Allah,,
Thanks to Allah,, for His mercy and clemency I was still able to wrote and share my thoughts..
Mungkin apa yang akan dibicarakan merupakan sesuatu yg belum lg layak dibaca atau ditulis.. Tetapi semuanya memerlukan permulaan,,
Kita tidak akan menjadi matang sekiranya kita tidak menganggap diri kita sebagai seorang yang mampu untuk menjadi matang dari segi pemikiran atau perwatakan...
"Ya,, aku inginkan seorang lelaki pelindung wanita.."...Azam seorang kanak2 perempuan setelah diberitahu umminya bahawa,, kita boleh memohon daripada Allah dari sekarang agar dikurniakan jodoh yg soleh dan terbaik utk kita.. " Bukan terlalu awalkah sekarang?".. " lebih baik awal dari terlambat "
Oleh itu,, terpahat di dalam hati agar dikurniakan seorang lelaki pelindung wanita dan soleh!~
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuanperempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuanperempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencaricari jalan untuk menyusahkan mereka.Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”
(Surah An-Nisaa’:34)
" Besar2 nanti,, orang nak cari lelaki baik macam abah".."hmm,, macam abah? maksudnya?.."
"baiklah,, jaga orang baik2,, jaga ummi baik2,, jaga kakak baik2,, jaga adik baik2.."
Situasi 1
Naik feri utk pergi Pulau Langkawi.. duduk2,, tiba2,, anak gadisnya terpaksa duduk bersebelahan dengan seorang lelaki.. di dalam feri yg sesak.. "Boleh ke duduk situ?" Senyum sahaja,, nak bangun tidak mampu,, dengan pening kepala,, dan tersepit di tengah2 bersama beg yang besar di pangkuan.. Beberapa saat selepas itu,, abah datang lagi.. " ok ke tu?".. jelas kelihatan orang di sebelah,, tiba2 semakin menjauhi.. " hmm,, ok kot.."...Akhirnya,, abah datang sekali lagi.." Jom,, naik atas tengok pemandangan.. boleh duduk sekali dekat situ..bawak beg sekali.." Abah memberikan alasan.. dalam hati tersenyum... Terus,, beg dicapai abah dan dibawa ke atas... Seorang lelaki yang melindungi anaknya~
Situasi 2
"Aku nikahkan dikau si ..... bersama .... ".."sah!"... Cepat,, nak tangkap gambar ni... kachek!kachek!.. gambar ditangkap.. tiba2,, cepatlah cium dahi nk tangkap gambar ni.. (masakan nak suruh cium dahi di khalayak ramai? meskipun sudah sah menjadi suami isteri,, amatlah tidak manis dilihat dan pasti masih ada timbul perasaan malu dalam diri itu?) Abah dengan tegasnya mengeluarkan kata-kata 2 patahnya "tak perlu".. aku tersenyum..
Situasi 3
Ummi di hospital kerana melahirkan adik.. namun,, anak2 tidak perlu risau akan kelaparan kerana Abah akan tolong masakkan,, baju abah tolong sidaikan... (^_^)..[ if,, the daughters are all grown up.. Then,, they are the people in charge to do all the chores laa~]
Abah selalu risaukan anaknya apabila mereka pulang lewat dari kerja atau sekolah.. Abah selalu memerhatikan bersama siapa anaknya keluar dan ke mana mereka pergi..
Aku doa kepada Allah agar dikurniakan lelaki sebaik abah atau seorang yang sentiasa menjadikan Rasululullah sebagai contoh yang terbaik.. dan aku akan berusaha untuk mencontohi kebaikan Khadijah..
Harap boleh dijadikan ibrah dalam kehidupan kita... ngee~
Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"
Aku menjawab, "Ya, benar."
Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
p/s - maaf sekiranya ada tersalah fakta atau bahasa.. apa yg salah harap boleh dibetulkan bersama-sama~ ^_^.. Saya masih belum cukup dewasa untuk bercakap tentang hal2 ini..
Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!
No comments:
Post a Comment