Duduk,, lihat dan fikir~

Saturday, December 24, 2011

ketuk..ketuk.. ada orang x?

In the name of Allah,,

JaLaN - JaLaN sekejap ronda sekitar MPH..

"americanoo,,, juwa..juwa..juwa.. eh?"...Tiba-tiba mata terpandang sebuah buku hard cover berilustrasi menarik sekali.. " My first storybook from the Quran".. ke tajuk dia eh? lebih kurang laa~
"surveysurvey,, wah,, RM 70.. Baca dekat sini jelah.." Terus mencari port yang sesuai untuk membaca..
strollingstrolling,, wah caption menarik.." Allah has created the sky,, sun and everything because He loves us.. He wants us to be happy!

Hmm,, buku yang sungguh menarik.. Macam2 kisah dalam al-Quran ada.. Jadi,, pembaca2 budiman yg berminat utk tahu kisah apa yg ada dalam quran bolehlah membelinya ya..(PS - selain daripada membaca sendiri al-quran..^_^)

Akhirnya,, sebuah buku dibeli.. "Beduk diketuk.. Pahrol Mohd Juoi".. Melangkah ke kaunter dengan bangganya dan membayar buku tersebut dengan harga RM 26.00 tunai~

Therefore to my dearest readers,, let us hear one good story with a decent ending~

Ohh,, wait! Before that.." Hyaargh..ishh,,yaahh,,waahh!".. Hear that sound?
That is the sound of ME opening up your MIND and HEART so that they are WIIDEE OPEN.. I hope you can enjoy it and sure to take a lot of ibrah from it!~

SO let us start our movie.. Video rolling~

Suatu hari,, Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukan agar dia dapat bertahan selama setahun.. Semut menjawab,, "aku hanya memerlukan makanan sebesar biji gandum sahaja"..

Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut di dalam suatu botol dan diletakkan di dalamnya gula sebesar sebutir gandum.. Botol itu ditutup..

Cukup tempoh setahun,, botol itu dibuka oleh Nabi Sulaiman . Anehnya,, baginda mendapati hanya separuh sahaja daripada gula tersebut yang habis dimakan oleh semut tersebut..

"Mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan,, sedangkan kau pernah berkata yang kau memerlukan makanan sebesar sebiji gandum untuk hidup selama setahun?"

"Jika di luar rezekiku dijamin sepenuhnya oleh Tuhanku Allah..Dan aku yakin Allah  pasti akan mencukupkan rezekiku.. Jadi aku tidak perlu risau dengan hakikat itu.. Namun,, di dalam botol yang tertutup dan di bawah jagaan manusia aku perlu lebih berjimat-cermat kerana aku tidak yakin akan keprihatinan manusia.. Mana tau nanti mereka akan lupa untuk memberikanku makanan.. "

Moral atau ibrah daripada kisah ini ialah :

Belajarlah daripada sikap semut yang berTawakkal kepada Allah lebih daripada segala-galanya~
Janganlah kita lebih termakan dengan penanaman tebu dibibir-bibir manusia berbanding dengan janji Allah kepada kita..

Setelah kamu betul2 bersungguh-sungguh maka bertawakkallah kepada Allah.. Sesungguhnya rezeki itu milik Allah semata-mata,, kita hanya meminjamnya sahaja..

Jadi,, pembaca yang dikasihi..
Tinggalkan perkataan-perkataan yang :

a) Meragui rahmat Allah.. "Boleh ke aku dapat kerja ni?.."Boleh ke aku dapat 11 A+ ni?"
b) Berputus asa daripada rahmat Allah.. "Aku dh penat berusaha,, xde hasil jugak..hish~"
c) Menipu diri sendiri.. "Aku berjaya adalah atas usaha aku sendiri.. Semua ni berkat susah payah aku berjaga malam.." 

Sebaliknya semua,, jadilah seperti ini :

a) Yakin dengan rezeki Allah.. " Kalau Allah izinkan,, semuanya boleh dicapai.."
b) Redha dgn takdir Allah.. "InsyaAllah,, Allah masih nak dengar aku memohon daripaNya nih.. kena usaha LEBIH!..hehe"
c) Berterus-terang dengan diri sendiri.. "Alhamdulillah,, semua ni berkat usaha dn juga pertolongan daripada Allah nih.."

beep..beep..beep.. bertukar!~

Jadi,, jom sama2 kita buat transformasi ya!~

Anda semua dh bertukar?.. Tahniah diucapkan kepada anda... Semoga terus istiqamah dan.. eh,,

Kenapa masih ada yg belum bertukar? hmm,,,

Semoga Allah sentiasa merahmati anda ya! amiin.. (^_^)

No comments:

Post a Comment